Berita dan Acara

Projek Siap Dibina. Kunci Sudah Diserahkan. Alhamdulillah.

25 JUN 2025

Dari tanah kosong di awal tahun 2023, kini Taman Arowana di Lenggeng sudah berdiri megah sebagai salah satu pembangunan bercampur (RMM + Pasaran Terbuka) yang lengkap dan tersusun — menempatkan 410+ unit rumah yang selesa dan berkualiti.
✅ Type B – Rumah Teres Setingkat (79 unit)
✅ Type C – Rumah Teres 2 Tingkat (78 unit)
✅ Type D – Rumah Teres 2 Tingkat (253 unit)
Proses jualan bermula sekitar tahun 2023, dan dalam masa kurang setahun, semua unit telah 100% terjual. Kerja pembinaan berjalan lancar, dengan komitmen penuh daripada pihak pemaju dan pasukan teknikal yang berpengalaman.

📌 Penyerahan Kunci (VP) juga telah dimulakan secara rasmi pada 3 Mei 2025 — selari dengan kelulusan CCC yang diperolehi pada April 2025. Segala proses berjalan mengikut perancangan.
Kami di Pakar Rumah Mampu Milik berasa bangga dapat memainkan peranan dalam menyempurnakan perjalanan pemilikan rumah untuk ratusan pembeli yang menantikan kediaman impian mereka.
Sekali lagi, tahniah buat semua pembeli Taman Arowana. Semoga kediaman baru ini membawa makna bahagia dalam kehidupan seharian anda. ❤️
#TamanArowana #Lenggeng #ProjekSiap #VacantPossession #PakarRumahMampuMilik #TuahHartamasDevelopment #RumahMampuMilik #NegeriSembilan