Berita dan Acara

Majlis Pengundian Rumah Mampu Milik Type A, Taman Arowana, Lenggeng

14 Feb 2025

Hari ini, Pakar Rumah Mampu Milik telah menghadiri Majlis Perasmian dan Pengundian Rumah Mampu Milik (RMM) Type A, Taman Arowana, Lenggeng, yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Seramai 80 lebih penerima telah berjaya dalam sesi pengundian ini dan bakal memiliki rumah impian mereka, Rumah RMM Type A yang berharga RM110,000.00.

Projek ini kini berada di peringkat 100% siap bagi pembinaan bangunan dan 90% bagi kerja-kerja infrastruktur, dengan jangkaan siap sepenuhnya pada Mei 2025.

Tahniah kepada semua pemohon yang berjaya! Semoga rumah baru ini membawa kebahagiaan dan kesejahteraan untuk anda sekeluarga.

#PakarRumahMampuMilik
#TuahHartamasDevelopment
#DemiNogori