Berita dan Acara

Sesi Lawatan Lapangan Dan Perlancaran Fasa 2 Taman Desa PKNNS

Pada 21 Ogos 2025, Taman Desa PKNNS, Chembong telah menerima lawatan kerja dan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan dan diiringi oleh YB Tuan Arul Kumar A/L Jambunathan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan serta YB Dato’ Hj Zaiful Bahri bin Hj Idris selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Chembong, YBrs. Puan Rusmimah binti Mat Derus selaku Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS).
Team Pakar Rumah Mampu Milik amat berbesar hati dan bangga kerana turut dijemput untuk menghadiri sesi ini bagi memberi sokongan penuh kepada pemaju Tuah Hartamas dan PKNNS. Lebih membanggakan, kami telah dilantik sebagai Exclusive Marketing Partner untuk keseluruhan projek ini. Ini merupakan satu pengiktirafan besar kepada pasukan kami, sekaligus memperkukuhkan misi yang kami bawa untuk membantu lebih ramai keluarga di Negeri Sembilan memiliki kediaman pertama mereka.
Dengan jangkaan siap pada Q3 2026, projek ini bukan sahaja menjadi bukti komitmen terhadap agenda perumahan mampu milik, malah juga simbol keyakinan bahawa visi bersama ini dapat direalisasikan lebih awal daripada yang dijadualkan.
#TuahHartamas #PKNNS #PakarRumahMampuMilik #RumahMampuMilik #DemiNogori