Berita dan Acara

Program Memasak Bubur Lambuk Bersama Komuniti – Hari Ini di AEON Seremban 2

22 MAR 2025

Alhamdulillah, persiapan telah selesai dan suasana di AEON Seremban 2 sudah mula meriah dengan pelbagai aktiviti khas sempena Ramadan yang penuh keberkatan ini. 💖
🎁 Beg cenderahati oleh Pakar Rumah Mampu Milik sediakan untuk diagihkan kepada para pengunjung yang hadir.
👨‍🍳 Aktiviti memasak Bubur Lambuk sedang berlangsung dengan penuh semangat bersama pelbagai jabatan yang terlibat.
🚒 Bomba Roadshow mempamerkan pelbagai demonstrasi menarik – jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri aksi mereka!
♻️ SWM Counter turut dibuka bagi memberi kesedaran tentang penjagaan alam sekitar.
🏥 Pasukan KPJ juga hadir untuk bantu sesi ini.
Dan yang paling ditunggu-tunggu… Pengagihan 1,000 bekas Bubur Lambuk akan bermula pada jam 4 – 5 petang hari ini! 🍚✨
Ayuh, mari kita bersama-sama memeriahkan majlis ini, mengeratkan ukhuwah, dan menyebarkan kebaikan dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Semoga segala usaha dan sumbangan ini menjadi amal yang diberkati. 🤲🏻💚
Jumpa anda di sini! 🌸
#BuburLambuk #RamadanKareem #AeonMallSeremban2 #PakarRumahMampuMilik #KongsiRezeki #KomunitiBerkat