Berita dan Acara

🎳 Pertandingan Boling Bank Rakyat – Meriah & Penuh Semangat! 🎳

Syabas kepada semua peserta Pertandingan Boling anjuran Bank Rakyat di Mesamall Nilai. Acara penuh gelak tawa, semangat berpasukan dan persaingan sihat ini berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara semua.
Kami juga bersyukur kerana RMM Team berpeluang menyertai pertandingan ini dan merasai pengalaman yang cukup bermakna. Suasana tambah meriah dengan cabutan bertuah serta hadiah menarik, termasuk telefon pintar!
Tahniah kepada pasukan Johan yang mencatat markah lebih seribu – satu pencapaian hebat yang layak diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Sekalung penghargaan buat Bank Rakyat kerana menganjurkan program sebegini. Bukan sahaja memberi peluang untuk bersukan, malah mengeratkan ukhwah dan mencipta memori indah buat semua peserta.
✨ RMM Team juga berhasrat untuk menganjurkan pertandingan boling sebegini pada masa akan datang. Sesiapa yang berminat boleh tinggalkan komen di bawah supaya kami boleh membuat persiapan awal.