Berita dan Acara

22 July 2025 | Lawatan Tapak Penuh Bermakna di Taman Desa PKNNS, Chembong

Kami mengalu-alukan kehadiran YBrs. Puan Rusmimah binti Mat Derus, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) bersama pasukan beliau dalam sesi lawatan tapak ke projek Taman Desa PKNNS yang dibangunkan bersama Tuah Hartamas Development Sdn Bhd.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan semasa dan kemajuan pembinaan keseluruhan projek JV ini. Kami, Pakar Rumah Mampu Milik turut serta dalam lawatan ini sebagai sokongan kepada pihak pemaju.
Alhamdulillah, cuaca yang baik membantu melancarkan kerja-kerja pembinaan.
🏠 Rumah Teres 1 Tingkat – Pembinaan sedang berjalan lancar.
🏡 Rumah Teres 2 Tingkat – Rumah Contoh telah siap dan kini sedia untuk dilawati!
🎉 Harga bermula serendah RM225k untuk 1 Tingkat dan 2 Tingkat hanya dprd RM36x,xxx – peluang terbaik untuk memiliki rumah landed di Chembong.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Rusmimah dan pasukan PKNNS atas lawatan serta sokongan yang diberikan. Semoga projek ini terus berjalan lancar dan memberi manfaat kepada rakyat Negeri Sembilan. #DemiNogori
#TamanDesaPKNNS #PKNNS #TuahHartamas #RumahMampuMilik #PakarRumahMampuMilik #LawatanTapak #Rembau #Chembong