Berita dan Acara

πŸ”οΈMisi Gunung Datuk 2025 – Bukti Semangat Tak Terbatas Usia & Cuaca! πŸ”οΈ

Alhamdulillah & tahniah kepada semua peserta Misi Gunung Datuk Negeri Sembilan 2025 yang berlangsung meriah pada 12 Julai 2025 (Sabtu lepas)!
Walaupun pagi itu disambut dengan hujan lebat, semangat peserta tidak pernah luntur. Dari 200+ pendaftaran, seramai 150 orang tetap hadir dengan semangat membara β€” dan seramai 120 orang memulakan pendakian bersama selepas hujan mulai reda. 🌧️➑️🌀️
Paling mengagumkan, peserta kami terdiri daripada pelbagai latar umur β€” dari 6 tahun hingga 60-an! Betul kata orang, usia hanyalah angka, bukan penghalang untuk kita nikmati gaya hidup sihat & mencabar diri sendiri! πŸ’ͺ✨
Yang lebih mengejutkan β€” kami menyangka semua peserta datang dari kawasan berdekatan, tapi sebenarnya kami disertai peserta dari Kuantan (Pahang), Teluk Intan (Perak), Klang Valley, dan seluruh Selangor! Semangat anda luar biasa! πŸ™Œ
🌟 Pakar Rumah Mampu Milik dengan bangganya menjadi sebahagian daripada penaja utama untuk acara ini β€” kami taja, kami anjur, dan kami turut sama mendaki! πŸ’š Terima kasih kerana memberi peluang untuk kami bersama komuniti dalam acara yang sihat dan penuh semangat ini.
Jutaan terima kasih juga kepada semua penaja dan rakan strategik:
πŸ”ΈSpecial thanks for ERAT@NS, MACMA N9, Pakar Rumah Mampu Milik (RMM), Irene Events Co, N.S. Moi Kong Ng Shook Fui Kon, PD Ostrich Show Farm, JHEAINS – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, MAINS -Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Matterhorn Ice Cream dan semua yang menjayakan Misi Gunung Datuk ini.
πŸ“Έ Jangan lupa kongsikan gambar & kenangan anda di media sosial dengan hashtag #MisiGunungDatuk2025 dan tag kami ya!
InsyaAllah, kami akan terus berusaha untuk menganjurkan lebih banyak acara sihat dan bermanfaat untuk semua komuniti dengan kerjasama rakan-rakan strategik. πŸ’š
#GunungDatuk #HikingN9 #MisiGunungDatuk2025 #PakarRumahMampuMilik #KamiTajaKamiAnjurKamiDaki #AktivitiSihat #AgeIsJustANumber #SemangatLuarBiasa