KUANTAN, 6 Mei 2025 – Brigedier Jeneral Hamdan bin Ahmad TUDM, Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (TAKSPA), telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Perumahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Batu 12 dan Batu 6, Kuantan, hari ini.
Lawatan ini turut disertai oleh Ahli Panel Tapisan Pinjaman Perumahan ATM dan pegawai-pegawai dari Cawangan Staf Am (CSA). Tujuan utama lawatan adalah untuk meninjau pelaksanaan projek perumahan yang sedang dibangunkan serta menilai kesesuaian unit-unit rumah yang bakal dimiliki oleh warga ATM melalui kemudahan pinjaman perumahan yang ditawarkan.
Sebagai sebahagian daripada agenda lawatan, Mesyuarat Panel Tapisan Pinjaman Perumahan ATM turut diadakan di lokasi berkenaan. Mesyuarat ini merupakan platform penting bagi memastikan setiap permohonan pinjaman perumahan dinilai secara telus dan berstruktur.
Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen berterusan pihak pengurusan tertinggi ATM dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan anggota terus menjadi keutamaan, khususnya dalam aspek pemilikan rumah kediaman yang selesa dan berkualiti.
#BahagianPerkhidmatanAnggota
#CawanganStafAm